Boost+, Opera Max & Greenify

3:53:00 pm

Assalamualaikum

Aku tak nak panjang cerita macam cerita gerak khas dan sembilu yang beratus-ratus episod tu. Aku nak terangkan secara ringkas dan padat supaya korang faham apa yang akan aku bebelkan.


Boost+

Boost+ ni aplikasi dari HTC disebabkan aku guna HTC. Aku tak pasti samada aplikasi ini sokong smartphone jenama lain. Boost ini fungsinya lebih kurang macam CCleaner tu. Boleh buang junk files, kunci aplikasi, pengurusan aplikasi.

Fungsi yang aku suka bila Boost+ ni boleh mengoptimumkan aplikasi latar. Aku boleh pilih aplikasi mana yang nak dihentikan secara automatik, sentiasa berjalan atau dihentikan sekiranya tidak digunakan dalam masa 3 hari.


Opera Max

Aplikasi ni aku guna untuk pastikan tiada penggunaan data tanpa pengetahuan aku. Melalui aplikasi ini, aku boleh pilih aplikasi mana yang boleh gunakan data. Aku pon dah cuba, memang dia block. Contoh korang nak halang youtube dari gunakan data, masukkan saja dalam senarai yang tidak dibenarkan dan youtube tak akan boleh gunakan data walaupun dilancarkan.

Tapi pastikan jangan jadi bengong macam aku pula. Ingatkan data tak boleh guna, hampir-hampir aku nak kol customer servis. Sekali silap set dalam Opera Max daa... 😷


Greenify

Fungsi Greenify ni untuk hibernate atau tutup aplikasi dengan 1 sentuhan. Tapi kena pilih dulu aplikasi mana yang nak ditutup. Kemudian buat pintasan pada laman hadapan. Bila nak tutup semua aplikasi yang sedang berjalan, sentuh saja pintasan tu.

Greenify ni juga boleh hibernate secara automatik. Tapi nampaknya telefon aku tak disokong. 😢

You Might Also Like

0 comments