Duit Online Jawab Survey

2:14:00 pm

Assalamualaikum

Entri pembuka blog aku yang dah lama dipupuskan dek kerana senget sangat otak aku pi delete blog lama. 😅

Zaman la ni yang serba mencabar disebabkan kerakusan kita mencapai kepuasan diri ditambah lagi dengan ekonomi yang hanya menguntungkan pihak teratas piramid, sememangnya memaksa diri kita untuk mencari pendapatan lain demi kehidupan yang lebih selesa. Aku tak lah pandai bab-bab cari duit ni, tapi bak kata pepatah aku "rezeki dihujung jari, klik-klik jer dapat". Jangan kata si jutawan yang berlambak data saja leh dapat, mak ngah cak lempong dok tepi jalan sambil tunggu sugar daddy pun leh wat duit. Kelaasss kau!!! Dah menopaus pon laku lagi. 😘

Dah banyak yang aku cuba, setakat ni cuma dua ni jer yang berkenan di hati :-
  1. Global Test Market
  2. Whaff Rewards -- Baca artikel
First aku habaq sal Global Test Market ni dulu.

Global Test Market ni adalah satu platform untuk menjawab survey. Setiap survey yang dijawab akan diberi mata ganjaran. Nilai mata tu bergantung pada kesesuaian profil pengguna . Kalau tak sesuai, pengguna tu akan dikick-out atau dalam bahasa bersopan santun disaring keluar. Tapi masih lagi diberi 5 mata ganjaran.

Bengap bahasa inggeris? Eleh... sedangkan mak ngah cak lempong tu pun boleh buat, tak kan
bengap tahap gaban kot. Lagipun laman web ni ada bahasa Melayu, survey pon ada pilihan bahasa. Emel pon dalam bahasa Melayu. Tak caya? Ni haa...

Mata ganjaran ni boleh ditebus samada melalui baucar atau kredit ke akaun PayPal. Akak-akak yang suka menyoping shawl ala-ala pocong, boleh tebus baucar Zalora. Aku lebih suka kreditkan ke akaun Paypal, nanti baru fikir apa nak buat.

Saluran penebusan. Aku nampak setan, ngeri weh nak tebus, kang ikut balik rumah. 😱
Pada aku ini antara pendekatan yang mudah untuk dapat duit dan sudah tentu akan ambil masa untuk kumpul mata. Tinjauan pendapat akan dihantar ke emel dan akan luput bila sampai masanya. Cuba la sendiri, bukan kena bayar pon, free jaa...

You Might Also Like

0 comments