Duit Online :. Whaff Rewards
3:53:00 pm
Assalamualaikum
Rentetan dari artikel sebelum ni pasal duit online jawab survey.
Setelah hampir 3 bulan aku menyepi, malas nak taip sebenarnya. Tapi demi kalian-kalian semua, aku teruskan jugak walaupun tengah mengantuk lepas makan set ikan bakar cicah air asam. Fuuhhh! 😋
Pada artikel lepas aku ada sebut mengenai Whaff Rewards. Pada yang tak tahu, whaff rewards ni adalah satu aplikasi telefon pintar yang membayar pengguna untuk menggunakan aplikasi lain.
![]() |
| *Imej dari Google Play Store |
Perhatian
Aku tak galakkan sangat untuk guna apps ni sebabnya aplikasi - aplikasi yang akan dimuat turun nanti memberi impak pada prestasi telefon dan juga kuota data.
Tapi suka hati la kalau nak baca juga. Aku tak bertanggungjawab lepas korang baca ni membuatkan korang terkentut sambil ketawa. Whaff ni boleh dimuat turun dari play store, lepas install dalam telefon canggih semanggis korang tu, login saja. Guna facebook pon boleh. Setiap pengguna ada kod jemputan tau. Kiranya kalau sesapa yang guna kod tu, korang akan dapat 30 sen, orang yang guna kod tu pon akan dapat.
Aplikasi ini akan menyenaraikan aplikasi-aplikasi yang akan diberi ganjaran apabila dimuat turun dan digunakan untuk tempoh tertentu macam foto kat bawah
Macam biasa, tiada jalan ringkas untuk dapatkan duit. Perlu bersabar kerana sabar itu separuh dari imaaaaaannn. Setiap aplikasi perlu dibuka untuk satu tempoh masa yang telah ditetapkan bagi mendapatkan ganjaran. Apa yang aku tak suka, ada antara aplikasi yang berfungsi macam sampah selain melambatkan dan memanaskan telefon.
Pengguna boleh pindahkan amaun minima $11.00. Bayaran menggunakan Dollar US uolls.
Korang boleh transfer duit tu ke Paypal, iTunes, Facebook Giftcard, Amazon Giftcard, Google Play Giftcard dan macam-macam giftcard lagi. Seperti biasa, cara feveret aku semestinya Paypal. Sepanjang aku guna Whaff ni, aku dapat dalam $30. Tu pun sebab malas tahap melampau-lampau.
Kalau korang nak cuba, apa salahnya. Aku gunakan aplikasi Boost+, Opera Max dan Greenify untuk pastikan telefon aku ini sentiasa berjalan lancar tanpa sebarang hang selepas guna Whaff. Aku ada buat artikel ringkas bagi ketiga-tiga aplikasi yang aku guna tu.



0 comments